Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke juga mengumumkan penyandang ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo akan berpindah kerusi untuk bertanding di Damansara.
Sementara itu penyandang ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin akan diletakkan di Puchong.
Dua lagi calon ialah peguam Syahredzan Johan yang akan bertanding di Bangi bagi menggantikan Ong Kian Ming manakala Adun Kota Kemuning, V Ganabatirau akan bertanding di kerusi Parlimen Klang bagi menggantikan Charles Santiago.
Sumber video: https://www.facebook.com/DAPMalaysia/videos/877904109865756