Sanusi mampu bantu PN Kedah menang besar PRU15

Sinar Harian 2022-10-27

Views 1K

Sanusi mampu bantu PN Kedah menang besar PRU15

BERITA SEMASA 27 OKTOBER 2022

Kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dilihat bersih, telus dan berintegriti mampu menjadi faktor menarik pengundi bagi membantu Perikatan Nasional menang besar di Kedah pada PRU15.

Ketua Penerangan Bersatu Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, keyakinan itu berdasarkan kajian yang telah dibuat, termasuk kejayaan Datuk Seri Muhammad Sanusi mentadbir negeri dengan membawa pelaburan asing tinggi masuk ke negeri ini.

Menurutnya, hasil kajian juga menunjukkan sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional semakin meningkat berdasarkan peningkatan undi kepada gabungan parti tersebut pada PRN Melaka dan Johor sebelum ini, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.

Artikel: https://bit.ly/3TXvmqq

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa

Share This Video


Download

  
Report form