Mahasiswa di Sarawak lebih gemar mendapatkan maklumat berkaitan pilihan raya secara atas talian berbanding kaedah konvensional.
Tinjauan Awani Borneo di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mendapati media sosial dijadikan sebagai rujukan untuk persiapan sebagai pengundi kali pertama.
Platform media sosial ini juga digunakan sabgai medium mendapatkan perkembangan terkini di kawasan Parlimen masing-masing.