Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membela diri atas empat pertuduhan subahat, pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu.