Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas selesai mengadakan lawatan negara ke Singapura selama empat hari.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, kira-kira jam 10 pagi disambut oleh Menteri Kemampanan dan Sekitaran Singapura, Grace Fu.