Menghadapi pilihan raya besar sebagai Setiausaha Agung DAP buat kali pertama, ada strategi jangka panjang dalam fikiran setiausaha agung parti itu, Anthony Loke.
Untuk permulaan, Loke mahu menggunakan PRU bulan depan sebagai peluang untuk DAP menawarkan barisan calon yang lebih berbilang kaum bagi mengemukakan naratif baru untuk parti itu.