Jabatan Laut Malaysia, JLM menubuhkan satu pasukan penyiasat bagi memastikan insiden feri terkandas di alur pelayaran di Jeti Kuala Kedah pada petang Jumaat tidak berulang.
Menurut kenyataan JLM, pasukan itu juga akan memantau pemeriksaan yang dilakukan organisasi diiktiraf ke atas keselamatan feri itu sebelum dibenarkan beroperasi semula.