Penyandang Parlimen Ketereh, Annuar Musa menegaskan beliau tidak akan meminta, merayu mahupun melobi sekiranya nama beliau tidak dicalonkan di Parlimen berkenaan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bercakap kepada sidang media di Kota Bahru hari ini, Annuar berkata, beliau berpegang dengan prinsip sejak dahulu iaitu seseorang calon tidak boleh meminta-minta.
Kenyataan beliau mengulas mengenai desas-desus tidak tercalon dalam PRU15.
Sumber video: https://www.facebook.com/AnnuarMusa/videos/1195342517726066