Calon Barisan Nasional di Sungai Buloh, Khairy mengucapkan 'terima kasih' kepada sahabatnya, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli kerana mengambil berat akan masa depan politiknya.
Ini selepas Rafizi semalam membuat kenyataan bahawa Khairy mungkin akan diketepikan Umno walaupun berjaya memenangi kerusi tersebut berikutan dilihat sebagai ancaman terbesar kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
Ketika ditemui pemberita di Sungai Buloh hari ini, menteri kesihatan sementara itu turut mengakui dia perlu bekerja keras untuk memenangi kerusi yang disandang oleh PKR itu.