PRU15 | PM pesan jangan cetuskan provokasi

AWANI 2022-11-04

Views 0

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta ahli dan penyokong semua parti yang hadir ke pusat penamaan calon tidak menimbulkan provokasi yang boleh menyebabkan perbalahan.

Menurutnya, semua penyokong perlulah hormat menghormati antara satu sama lain dan memberi keutamaan kepada keharmonian.

Tegasnya, proses penamaan calon sepatutnya berjalan dengan baik kerana semua penyokong parti mempunyai niat yang sama iaitu berkhidmat kepada rakyat

beliau berkata demikian kepada media selepas meninjau persiapan jentera pilihan raya BN di Bilik Gerakan BN Parlimen Bera, di Padang Luas.

Share This Video


Download

  
Report form