Proses penamaan calon sedikit gamat di kerusi P.143 Pagoh sebentar tadi.
Keadaan kecoh apabila penyokong Barisan Nasional bertembung dengan penyokong Perikatan Nasional di kawasan perkarangan parkir pada kira kira jam 9.00 pagi.
Bagaimanapun, kekecohan hanya terhad kepada perang mulut, dengan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.