BERITA SEMASA 5 NOVEMBER 2022
Perangi rasuah dalam kalangan pemimpin berkuasa antara ikrar calon PH Parlimen Sik yang juga merupakan mantan pengarah SPRM.
Datuk Latipah Md Yatim berjanji akan memastikan segala perbuatan rasuah yang didalangi individu tertentu akan digempur sekiranya diberi peluang menjadi wakil rakyat di kawasan itu.
Beliau yang berpengalaman sebagai Pengarah SPRM di Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur selain meneruskan karier sebagai Ketua Pegawai Integriti dan Projek Khas Lembaga Tabung Haji berkata, PRU15 adalah platform terbaik bagi dirinya untuk meneruskan perjuangan perangi rasuah.
Artikel: https://bit.ly/3T8DZh8
#BeritaSemasa #SinarHarian