Sebahagian besar nelayan sungai di Kampung Kelong, Tumpat nekad meninggalkan pekerjaan itu selepas pendapatan berkurangan dan kehidupan mereka seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Ketam nipah dan juga udang yang menjadi rezeki buat nelayan di situ selama ini berkurangan, susulan sungai yang menjadi sumber pendapatan semakin cetek selain kekurangan sumber.