Gangguan LRT | Pakar dari Istanbul, Toronto diterbangkan ke Malaysia

AWANI 2022-11-09

Views 0

Kerajaan memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pengguna LRT laluan Kelana Jaya yang telah mengalami gangguan perkhidmatan sejak semalam, susulan kegagalan sistem kawalan tren automatik (ATC).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, walaupun syarikat pengendali LRT iaitu Prasarana Malaysia Bhd merupakan sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan yang diperbadankan, tetapi sebagai sebahagian daripada kerajaan, beliau tetap perlu bertanggungjawab.

Share This Video


Download

  
Report form