[SINAR LIVE] Misi rampas kerusi PKR

Sinar Harian 2022-11-12

Views 959

Persaingan empat penjuru di P137 Hang Tuah Jaya menampilkan empat calon muka baharu berusia dari 33 hingga 41 tahun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

BN diwakili oleh calon berusia 37 tahun, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali yang merupakan anak sulung kepada seorang tokoh politik terkenal di Melaka manakala Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan anak muda berusia 33 tahun dari PKR, Adam Adli Abd Halim sementara Mohd Azrudin Md Idris, 41, mewakili Perikatan Nasional (PN) serta calon pejuang Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh berusia 40 tahun.

Pada PRU14, Parlimen Hang Tuah Jaya berjaya dipertahankan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dari PKR dengan majoriti 8,640 undi.

Mampukah Mohd Ridhwan beraksi untuk merampas kerusi yang dahulunya menjadi kubu kuat BN ini?

Ikuti perbincangan, ‘Misi rampas kerusi PKR’ menerusi program Sinar Live, Sabtu, 12 November 2022, jam 3 petang di media sosial Sinar Harian.

Ada soalan? Ajukan di ruangan komen.

Facebook: https://bit.ly/3eRMif7
Portal: www.sinarharian.com.my
Twitter: https://bit.ly/3em9ymy
Youtube: https://bit.ly/3tieLju

Muzik: www.bensound.com

#SinarLive
#MalaysiaBerintegriti
#PerkasakanSuaraMalaysia
#PRU15

Share This Video


Download

  
Report form