Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya akan kembali dibuka sepenuhnya kepada pengguna mulai esok, Isnin, 14 November bermula jam 6.00 pagi.
Pengoperasian semula ini juga adalah 2 hari lebih awal daripada yang dijadualkan.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong pada Ahad.