Perikatan Nasional Terengganu bakal memberikan fokus kepada memulih dan meneruskan projek pelancongan yang terbengkalai di negeri itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut calon PN Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, ia termasuk projek pelancongan Air Terjun Sekayu dan taman tema air di Tasik Kenyir.