Tak perlu ‘roket sains’ banteras rasuah
BERITA SEMASA 14 NOVEMBER 2022
Negara tidak memerlukan pendekatan yang bersifat ‘roket sains’ dan terlalu kompleks untuk menghapuskan amalan rasuah, kata calon Bebas di Parlimen Batu dalam PRU15, Tian Chua, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Amnan Hibrahim
Menurut beliau, Malaysia boleh mencontohi banyak negara lain di seluruh dunia yang dilihat berjaya dalam langkahnya untuk membanteras isu tersebut.
Jelasnya, perkara yang amat diperlukan kini adalah keinginan politik yang kuat daripada kerajaan dan parti politik dalam memastikan kebebasan badan pencegahan rasuah untuk melaksanakan tugas.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa