Dr Mazlan Ali, Penganalisis Politik UTM berpendapat, kerusi yang melibatkan anggota keselamatan suatu ketika dulu adalah fixed deposit bagi BN. Namun, selepas reformasi yang dilakukan SPR, menyaksikan 70 peratus daripada unit-unit keselamatan ini melakukan proses pengundian biasa. Hanya 30 peratus sahaja yang mengundi secara pos. Jelas beliau, sejak dua pilihan raya lalu, polis dan tentera sudah terbuka menjadikan kerusi anggota keselamatan ini bukan lagi fixed deposit bagi BN.