Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin Barisan Nasional (BN) mampu mendapat undi golongan muda meskipun berbaki beberapa hari kempen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Jelasnya, BN ketika ini perlu bekerja lebih kuat untuk memastikan pengundi muda tidak terpengaruh dengan pelbagai dakyah yang dilancarkan oleh pihak lawan.