Sumpah bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa perbelanjaan kerajaan ketika pandemik COVID-19 melanda negara diurus mengikut dasar perolehan dan peraturan belum memadai, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, tegas Anwar, tindakan yang paling wajar ialah untuk membenarkan siasatan dilakukan terhadap harta Pengerusi Perikatan Nasional itu.