Ketika tumpuan terarah rundingan pembentukan kerajaan pusat, di Pahang tidak kurang panasnnya apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) masih tergantung selepas dua hari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berakhir Sabtu lalu.
Terbaharu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengesahkan perbincangan telah diadakan bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.