Pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri memberi perkhabaran cukup gembira buat penduduk kampung halamannya di Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam di Pulau Pinang.
Rata-rata mereka melahirkan rasa teruja dan bangga selepas anak jati kelahiran kampung itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada Khamis.
Selepas dilantik memegang jawatan nombor satu negara itu, pastinya penduduk mengharapkan Anwar dapat menunaikan janji-janjinya semasa pilihan raya.