Satu lagi himpunan solidariti menyokong kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO diadakan di Menara Dato' Onn pada Jumaat.
Perhimpunan anjuran Waris Pekembar itu dihadiri kira-kira 100 individu yang menyokong keputusan dibuat Ahmad Zahid dalam menentukan hala tuju UMNO ketika ini.