Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah satu ‘kerajaan perpaduan’, tetapi ia lebih tepat ditakrifkan sebagai ‘Kerajaan Pakatan Harapan,’ kata Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Datuk Dominic Lau Hoe Chai.
Dalam sidang media di ibu pejabat Gerakan hari ini, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, kerajaan perpaduan sepatutnya merangkumi semua parti politik di negara ini.