Raja-Raja Melayu berangkat tiba bagi menghadiri pra Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang dijadual pada pukul 11 pagi ini di Istana Negara.
Pra mesyuarat berkenaan diadakan sebelum Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260 yang akan bersidang secara rasmi selama dua hari, bermula esok.