Seorang pemandu lori direman empat hari sehingga jumaat ini bagi membantu siasatan berhubung kemalangan yang mengakibatkan seorang kontraktor maut ketika sedang menukar tayar kereta di Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan di Jasin, Melaka, semalam.
Perintah terhadap lelaki berusia 37 tahun itu, dikeluarkan Majistret Tan Chai Wei di Mahkamah Jasin.