Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan rakan sejawatnya dari Thailand Prayut Chan-O-Cha untuk memajukan lagi hubungan dua hala yang lama terjalin antara Malaysia dan Thailand.
Anwar berkata demikian mengulas perutusan tahniah daripada Prayut atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10 menerusi akaun Facebooknya.