Tidak menunggu lama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memulakan tinjauan bagi menilai situasi sebenar perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya.
Menerusi kemas kini dalam akaun Facebooknya, Loke memaklumkan beliau membuat tinjauan itu sendirian semasa waktu puncak antara jam 5 hingga 7 petang pada Isnin.