Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengurniakan kepada kerajaan negeri Sarawak sehelai keringkam Melayu Sarawak yang merupakan salah satu daripada hantaran perkahwinannya daripada Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 36 tahun lalu.