Bangunan baharu Hospital Segamat beroperasi 2023

Sinar Harian 2022-12-10

Views 38

Bangunan baharu Hospital Segamat beroperasi 2023

BERITA SEMASA 10 DISEMBER 2022

Bangunan baharu Hospital Segamat, Johor diharap dapat membantu memenuhi keperluan dan meningkatkan lagi perkhidmatan perubatan kepada penduduk di sekitar Segamat dan Labis, lapor wartawan, Shahrizal Ahmad Zaini.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, bangunan baharu berkenaan akan dilengkapi dengan beberapa kemudahan melibatkan empat dewan bedah, 18 katil di unit rawatan rapi (ICU), unit HDU, lapan katil selain beberapa peningkatan fasiliti lain.

Menurut beliau, bangunan baharu ini mula dibina pada April 2018 dan dijangka beroperasi pada awal tahun depan.

Artikel: https://bit.ly/3iT3arxc

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa

Share This Video


Download

  
Report form