Selepas dua tahun tidak disambut ekoran pandemik COVID-19, perayaan Krismas kali ini di Sibu cukup berbeza.
Kemeriahan perayaan itu dapat dirasai di sekitar terutama di Dataran Sibu. Hiasan pokok Krismas dengan kilauan lampu-lampu mewarnai bandar Sibu.
Tidak kecuali, deretan gerai menjual kelengkapan sambutan perayaan itu.