Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam tali air.
Muhammad Sufi Eijas Mohd Sobrey dipercayai tergelincir dari jambatan tali air di Kampung Kebor Besar di Manir, Kuala Terengganu kira-kira jam 4.15 petang Isnin.