Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara menunjukkan peningkatan setakat 6 pagi tadi.
Sejumlah 2,456 mangsa banjir melibatkan 751 keluarga dipindahkan ke PPS.
Menerusi kemas kini info bencana JKM, 18 PPS dibuka di empat negeri ketika ini.