Angka korban akibat kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya meningkat kepada 19 mangsa termasuk empat kanak-kanak.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata seramai 14 lagi mangsa dikhuatiri masih tertimbus manakala 61 lagi telah diselamatkan.