Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan melakukan siasatan lanjut jika terdapat petunjuk wujud aktiviti pekerjaan yang menyebabkan kemalangan dalam insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali.
Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, siasatan akan dimulakan sebaik sahaja pihak JKKP mendapat kebenaran daripada pihak keselamatan untuk memasuki lokasi kejadian.