BERITA SEMASA 17 DISEMBER 2022
Satu rakaman video tular menunjukkan seorang kanak-kanak nyaris lemas ketika berkelah bersama keluarga di Pantai Penunjuk, Kijal, di Kemaman, Terengganu pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 12 tahun bagaimanapun berjaya diselamatkan ahli keluarga dan pengunjung di pantai berkenaan.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Sabari Taib, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian kira-kira jam 5.44 petang.
Artikel: https://bit.ly/3v0qSoG
#BeritaSemasa #SinarHarian