Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abdul Muis menyifatkan blok Borneo yang terbentuk menerusi perjanjian persefahaman (MoU) antara parti-parti politik dalam Kerajaan Perpaduan, sebagai mengujakan.
Mujibu dalam masa yang sama, lebih cenderung untuk melihat permuafakatan yang lebih erat menjangkaui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).