Tentera Thailand mengerahkan kapal perang dan helikopter hari ini bagi mengesan 33 tentera laut yang hilang selepas kapal jenis korvet karam di Teluk Thailand.
Tiga kapal tentera laut dan dua helikopter dikerah untuk mencari mangsa berhampiran wilayah Prachuap Khiri Khan di selatan Bangkok.