Kelindan van sekolah didakwa lakukan amang seksual
BERITA SEMASA 20 DISEMBER 2022
Seorang warga emas yang juga kelindan van sekolah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Selasa atas pertuduhan melakukan amang seksual dan cuba menghasilkan bahan pornografi terhadap seorang kanak-kanak perempuan, tiga tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Goh Heng Hong, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang bekerja sebagai kelindan van sekolah didakwa dalam persediaan untuk menghasilkan suatu pornografi kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia lapan tahun.
Artikel: https://bit.ly/3V9I2L1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian