Daerah Hulu Terengganu, Besut dan Kemaman dikategorikan sebagai kritikal berikutan banjir luar jangka yang melanda negeri itu.
Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa setakat ini juga ketiga-tiga daerah itu masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).