Kerajaan menawarkan pakej perpaduan prabayar internet mudah alih dengan harga lebih rendah untuk golongan belia, B40, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan veteran.
Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, golongan berkenaan akan menikmati penurunan harga pakej telekomunikasi bagi langganan prabayar internet mudah alih berbanding pakej semasa di pasaran pada Februari 2023.