ASNB | PNB umum dividen ASB 4.60 sen, bonus tambahan 0.50 sen

AWANI 2022-12-22

Views 0

Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pembayaran agihan pendapatan 4.6-0 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB), bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Selain itu, ASNB mengumumkan bonus tambahan sebanyak 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama yang dipegang oleh setiap pemegang unit.

Menurut Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria, jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion ini akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit ASB.

Share This Video


Download

  
Report form