Misi Astro Kasih dalam membantu meringkan beban mangsa banjir yang terjejas di negeri pantai timur mendapat sambutan luar biasa dari rakyat Malaysia pada Jumaat.
Program "Kami Care Bantuan Banjir" berjaya mengumpul barangan keperluan asas termasuk pek makanan kering untuk dihulurkan kepada pihak Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) sebelum diagihkan kepada mangsa.