Kerajaan akan menyalurkan bantuan wang ehsan seribu ringgit kepada mangsa yang hilang tempat tinggal dalam tragedi air pasang besar di Kampung Forest, Sandakan.
Menteri Hal Ehwal Sabah Sarawak dan Tugas-Tugas Khas, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, bantuan yang diberikan sama dengan apa yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kepada mangsa-mangsa bencana sebelum ini.