[KOMPAS] Cabaran Anwar pulihkan integriti

Sinar Harian 2022-12-28

Views 2.2K

[KOMPAS] Cabaran Anwar pulihkan integriti

Selepas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10, isu soal integriti tadbir urus mula kedengaran dan menjadi topik penting untuk diperkatakan.

Tangkapan demi tangkapan membabitkan beberapa individu yang diklasifikasikan sebagai kes berprofil tinggi dari pelbagai agensi cukup membimbangkan.

‘Hanya seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit’, itulah ibarat bagaimana budaya tidak berintegriti mencemarkan serta merosakkan imej negara.

Kebanyakannya membabitkan tender runding terus bagi projek bernilai ribuan juta ringgit.

Persoalannya, bagaimana untuk mengekalkan integriti dan menghalang rasuah?

Perbincangan mengenai perkara ini akan dikupas dalam Kompas Rasuah Busters 'Cabaran Anwar pulihkan integriti’ bersama Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim selaku Pensyarah Program Pengajian Polisi, UMT dan Abi Mursyidin Awal selaku Peguam pada HARI INI jam 8.30 malam hanya di seluruh platform digital Sinar Harian.

Muzik: Epic dari https://www.bensound.com/royalty-free-music/track/epic

#KompasRasuahBusters
#SinarHarian
#MalaysiaBerintegriti
#RasuahBusters
#MalaysiaTanpaRasuah

Share This Video


Download

  
Report form