Tun Juhar Mahiruddin melafazkan sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah bagi penggal keempat dalam satu istiadat di Istana Seri Kinabalu pada Ahad.
Terdahulu Tun Juhar yang diiringi isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni tiba di dewan istiadat pada 10.30 pagi sebelum melafazkan sumpah jawatan itu kira-kira 10 minit kemudian.