Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan sebarang penglibatan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam skim pelaburan dikenali sebagai Amundi.
Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata satu laporan polis telah dibuat agar siasatan boleh dimulakan ke atas individu tidak bertanggungjawab yang menyamar dengan menggunakan nama Acryl Sani.