Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak akan ada rundingan secara terus kepada mana-mana pihak dalam pelaksanaan pelan pengurusan bencana banjir jangka panjang sehingga tahun 2100.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata pelaksanaan pelan yang membabitkan unjuran perbelanjaan hampir RM297 bilion itu mesti diberi kepada syarikat yang layak serta mampu melaksanakannya.