Barisan Nasional mengesahkan akan memfailkan petisyen di beberapa kerusi bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, BN sudah mengenal pasti sejumlah kerusi yang akan terbabit dalam petisyen itu termasuk yang dimenangi oleh Perikatan Nasional.
Bagaimanapun, beliau berkata perincian mengenai petisyen berkenaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.